Thursday, December 27, 2012

rich

December 2012 Bangkok, Thailand.


 


 

     

Negara yang kaya dengan sejarah, harus dicarigali jika ada wang dan kesempatan.

lebih pedas

bayang pekat di kala matahari tegak sembilan puluh darjah

apa salahnya kalau dia suka kucing putih atau belang, yg pada mata kau hodoh sekali,

apa salahnya kalau dia suka beca dari kereta lembu, yg pada mata kau capik sekali,

apa salahnya kalau dia suka kuih kaswi dari puding karamel, yg pada mata kau mual sekali,

apa salahnya kalau dia suka menyapu dari guna penyedut hampagas, yg pada mata kau rugi tenaga sekali,

dia diam tak bermakna setuju, cuma malas nak bukak mulut, 
nanti hati kau terasa pijar,

bukan manusia dicipta berbeza-beza?
ada kemahuan dan kemahiran berbeza-beza?
nak sangat semua org sama tak berbeza, sila ke negara komunis, 
semua bahagi samarata, kau mahu?

Wednesday, December 19, 2012

Ngilu

Seorang anak tukang besi tidak berkeinginan untuk mewarisi pekerjaan ayahnya. Setiap kali ayahnya memanggil dia memanaskan bijih besi, dia akan menurut tetapi menyumbat telinganya dengan kapas setebal yang mungkin. Ngilu yang amat apabila telinganya menangkap bunyi besi berlaga besi. Rasa nak cabut sahaja cuping telinga. Tetapi dia tak mahu memberitahu ayahnya yg dia rasa ngilu, nanti jatuh air mukanya selaku anak lelaki tukang besi. Dia hanya menggunakan bahasa isyarat bila berinteraksi dengan ayahnya ketika mengetuk besi2 itu. Ayahnya tidak ambil pusing perilaku anaknya yg sentiasa menyumbat telinga. Baginya, anak itu cuba kelihatan kelakar di matanya dan menghiburkan hati tuanya.

Selang beberapa belas tahun selepas itu, ayahnya meninggal dunia dan anak itu meneruskan pekerjaan itu dengan telinga disumbat kapas ketika mengerjakan besi. Dia meneruskan legasi tukang besi yg diwarisi dari zaman datuk-datuk-datuk-datuknya tanpa memberitahu sesiapa tentang hal kengiluan itu sehinggalah dia meninggal dunia dan mewariskan segala ilmu tukang besi kepada anak lelakinya.

Rahsia ngilu si tukang besi disimpan sampai mati itulah yg menjadikannya antara yg terhandal dalam keturunannya.

Wednesday, December 12, 2012

syukur alhamdulillah

sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Nya telah membuat kita sedar Allah itu Maha pemberi rezeki,

walau di mana kita berada, Dia tetap bersama kita,

mintalah dari Nya, kerana Dia Maha mendengar,

aku meminta perlindungan kepada mu ya Allah dari syaitan yg menyesatkan,

amin ya rabbal 'alamin

Friday, November 30, 2012

isi tauhu

aku tak perlu mendengar kau bg cadangan utk memakai topi hitam bercorak emas sedangkan aku suka yg kelabu polos,
kalau kain terselak -tegurlah, 
kalau aku hampir terlepas waktu solat- tegurlah
kau bukan kenal aku - luar dalam, 
dari lapisan kulit luar hingga sel otot jantung aku,
kau tak tahu aku suka pakai merah dan hijau bersama,
kau tak tahu aku suka tidur terbalik mcm kelawar,
kau tak tahu aku selesa berkaki ayam,
kau tak tahu aku menggemari rekaan antonio gaudi,
byk yg kau tak tahu, 
kau hanya kenal kulit luar aku -
yang mungkin aku lukis di atasnya dgn kepura-puraan.

Tuesday, November 27, 2012

kosa kata

rimas-lemas-culas-malas-tangkas-emas-kemas-lunas-cemas-hampas-lekas-pulas-nanas-lynas!!

Tuesday, November 6, 2012

in want of something

kebiasaannya kau cakap kasar,

lidah tak berlapik,tak reti nak  tanya elok-elok,

bertanya cara sergah- 

kedengaran seperti tuduhan,


hey manusia ,

bila kau ada kepentingan,bila kau mahukan sesuatu,

berperilaku mulia yg dibuat-buat,

sikap berpura-pura kau kelihatan seperti asap hitam-

yg keluar dari setiap liang roma di tubuh kau,

dan asap hitam itu menyelubungi kau,

sekarang kau menjadi awan hitam yg berarak laju-

membawa khabar taufan ke daerah yg kau mahu.


Wednesday, October 3, 2012

pecah

kau akan terkejut apabila perkara kebiasaan menjadi sesuatu yg asing , 

dlm sekelip mata si bising, si pengumpat, si tangan panjang, si pendiam, si jaga tepi kain orang, si murah hati ,

mereka itu bukan lagi berperangai yg kau tahu dahulu,mereka sudah pecah dari bulatan kebiasaan

manusia punyai hati yg berubah-ubah

Monday, September 3, 2012

air tadahan

serius, aku rasa rakyat malaysia ambil wudhuk secara berlebihan, paip air dibuka habis, kadang-kadang air dibiar mengalir melebihi longkang;

 Rasulullah saw menegur Sa'ad kerana kelihatan boros dalam penggunaan air. Sa'ad bertanya,"apakah terhadap air juga dikatakan boros?" Nabi bersabda," memang, hatta jika engkau berada dalam sungai yang mengalir" 
(Hadis riwayat Ahmad dan Ibn Majah) 



Wednesday, August 1, 2012

peluntur

hati yang hitam boleh cuci guna peluntur tak?

Tuesday, July 31, 2012

buku bercerita

Nak tahu buku apa yg boleh bercerita??
-----------------------------------------
Tafsir Al-Qur'an,
cuba baca dan fahami,
kalau kau baru sedar kau belum pernah baca,
masih belum terlambat,
masyaAllah,
asalkan kau berusaha,
bila org nak tipu dan seleweng kisah2 nabi terdahulu,
kau takkan terpedaya, insyaAllah,
-----------------------------------------
kau baca Al-Qur'an laju2, kau paham maknanya?
orang arab lain kira, itu memang bahasa mereka,
Al-Qur'an diturunkan dlm bahasa arab,
kami yang melayu ini, ambillah peluang belajar bahasa arab dari Al-Qur'an
:)

Wednesday, July 18, 2012

kitten crying for entrance

looks like a fox !! (credited to syahidah sabran)

Tuesday, July 17, 2012

sayap prototaip

Kau si buta, aku si celik, kau minta aku bawa kau ke bukit tertinggi di daerah aku, aku punya-lah bersungguh-sungguh meletak lengan kau di bahu kecilku, memegang tangan kau dgn kejap, berjalan ke depan dan ke belakang kau tak henti2, gelisah kaki kau tersekat di celah lubang, kaki tersadung muka tersembam usah di kira, bila aku di belakang kau , muka kau ditampar pokok2 kecil, maaf aku tak perasan, kau senyum, bila aku di depan kau, kaki kau tersadung, aku cepat tarik lengan kau, maaf aku tak perasan, kau senyum, tiada satu pun perkataan mengeluh keluar dari mulut kau yang sepatutnya bising bak murai (secara harfiah nya, maaf terlampau berterus-terang), peluh menitik berjurai-jurai, beberapa langkah sahaja lagi, kita sampai.




Di puncak bukit yang tertinggi di daerah aku, kali pertama aku dengar kau mengeluh, alahai bagusnya kalau aku dapat melihat, hijau sangatkah di atas ini, berapa bukit habis ditarah? aku nak tengok luka dan lebam di kaki dan tangan aku, sakit sungguh tersadung, kau si celik, kau tahu, aku teringin lihat wajah kau, selepas nikmat mata aku ditarik Tuhan, aku hanya ada kau sebagai teman.





Senyap..Senyap..





30 minit di puncak bukit di daerah aku, kau bersila di atas batu lembap berlumut, kau diam, aku diam, aku lihat ke dalam bola mata kau dalam-dalam, berharap kau tahu aku risaukan diri kau kalau aku pergi jauh, ya-lah, manusia hidup sementara, kau seolah-olah membalas pandangan ku, mata kau tidak berkerdip, tiba-tiba kau ketawa perlahan, kau kata kau ingin terbang seperti burung, kau bingkas bangun, seolah-olah tahu mana arah gaung, kau berkata  separuh berbisik pada diri kau, dalam-nya gaung, memang yang aku inginkan, senang nak terjun, Bernoulli mesti setuju denganku, aku tak sempat tangkap kaki kau, kau terjun, aku nampak kau pandangku sekilas dan tersenyum, seolah tahu di mana aku berdiri, aku menjerit, kau hilang dari pandangan ku, 30 saat kemudian kau muncul, terbang, mengepak-ngepak sayap prototaip kau, aku baru teringat minggu lepas kau bercerita tentang kajian kau, tentang sayap berkuasa solar kau, tapi bolehkah kau terbang tanpa melihat? Kau jangan main-main, kau sedarkah kau si buta? Kau senyum, kau menjawab tenang, aku hanya perlu memberi arahan kepada komputer mini ini ke mana aku nak pergi, selamat tinggal si celik, panjang umur jumpa lagi, sudah lama aku ingin terbang bebas, kau jangan menangis, nanti kalau ada jodoh kita berjumpa lagi.



Kau terbang bebas, tak muncul-muncul, takkan-lah setiap hujung minggu nak panjat bukit yang tertinggi di daerah aku itu semata berharap kau muncul? mana mungkin aku tak menangis, kau lupakah, kau sebahagian dari aku?



Friday, July 6, 2012

tersepit

kau pandang anjing itu, ia merengek kesakitan, kakinya tersepit di celah besi penutup longkang yang rongak , 
mahu kah kau tolong?? kelihatan kakinya mula berdarah, mungkin  ia bersungguh2 melepaskan kakinya. tapi kau berkira2 , takut anjing itu gigit kau pula, alahai , macam perumpamaan "seperti melepaskan anjing tersepit". hati kau kuat menyuruh kaki melangkah ke tempat anjing itu, otak kau ligat berfikir. ha!! balut la lengan dgn sweater, pastu cuba kopak kan besi tu. kau sedar kau tak kuat mana, tubuh melidi, nak kopak besi pula. tak mengapa, belum cuba belum tahu, dgn lafaz bismillah, kau cuba kopak 1, 2, 3!! yah!! berjaya, macam kopak durian rasanya. ko cuba  bingkas bangun tapi kaki tersadung, mata kau terbuntang, risau anjing tu gigit tangan kau, tapi, anjing itu hanya memandang kau, dgn pandangan mata jeli-nya, seolah2 berkata terima kasih manusia, anjing itu dtg dekat dan menjilat lengan kau yg dibalut sweater itu, kau tersenyum, nanti aku ambil tanah, samak lah :) kau anjing, aku risau kau gigit aku ..

Sunday, March 25, 2012

kurang 20 sen

Budak lelaki itu cuba menyedut dalam-dalam hingusnya; bang, kuih bakar 3 bijik, bang.Kemudian dia mengorek beg dan poket seluarnya sedaya upaya. Dik, nah kuih bakar ko; tapi bang, kurang 20 sen ni. Eh, takpelah ko ambil je lah kuih ni; yeke bang? terima kasih banyak bang. Sengih-sengih gembira, sudah lupa yang hingusnya meleleh, cepat-cepat dikesat dengan lengan baju,  meninggalkan garisan hingus kering di pipi comotnya yang kelihatan seperti keruping di waktu panas begini.

Wednesday, March 7, 2012

good morning sunshine

nothing can beat the feelings of enjoying an extra good coffee  :)

Wednesday, February 8, 2012

hati manusia memang susah nak dipuaskan,
lebih baik sibuk puaskan hati Tuhan,
bukan manusia yg tentukan hala tuju syurga neraka kita nanti

___________________________________________________


mulut manusia memang susah nak tutup, 
sudah terang-terang perkara itu di luar kawalan kita

___________________________________________________


hendak bantu manusia cukuplah sampai takat ikhlas kepada Tuhan,
jika rasa apa yg dihulur akan kita ungkit satu hari nanti,
lebih baik jangan buat langsung
sebab itu wujud perkataan ikhlas kerana Tuhan,
kalau kau mengharap balasan dari manusia,
memang kau gelisah ternanti-nanti
__________________________________________________


yang dikejar tak dapat
yang dikendong berciciran
yang dimakan dimuntahkan
yang disimpul diuraikan
yang teratur bertaburan
yang bersih dicomotkan
yang beku mencair
yang jahil mencari kebenaran
yang berilmu menjahilkan diri
na'uzubillahi min dzalik