kau pandang anjing itu, ia merengek kesakitan, kakinya tersepit di celah besi penutup longkang yang rongak ,
mahu kah kau tolong?? kelihatan kakinya mula berdarah, mungkin ia bersungguh2 melepaskan kakinya. tapi kau berkira2 , takut anjing itu gigit kau pula, alahai , macam perumpamaan "seperti melepaskan anjing tersepit". hati kau kuat menyuruh kaki melangkah ke tempat anjing itu, otak kau ligat berfikir. ha!! balut la lengan dgn sweater, pastu cuba kopak kan besi tu. kau sedar kau tak kuat mana, tubuh melidi, nak kopak besi pula. tak mengapa, belum cuba belum tahu, dgn lafaz bismillah, kau cuba kopak 1, 2, 3!! yah!! berjaya, macam kopak durian rasanya. ko cuba bingkas bangun tapi kaki tersadung, mata kau terbuntang, risau anjing tu gigit tangan kau, tapi, anjing itu hanya memandang kau, dgn pandangan mata jeli-nya, seolah2 berkata terima kasih manusia, anjing itu dtg dekat dan menjilat lengan kau yg dibalut sweater itu, kau tersenyum, nanti aku ambil tanah, samak lah :) kau anjing, aku risau kau gigit aku ..
No comments:
Post a Comment