Wednesday, December 19, 2012

Ngilu

Seorang anak tukang besi tidak berkeinginan untuk mewarisi pekerjaan ayahnya. Setiap kali ayahnya memanggil dia memanaskan bijih besi, dia akan menurut tetapi menyumbat telinganya dengan kapas setebal yang mungkin. Ngilu yang amat apabila telinganya menangkap bunyi besi berlaga besi. Rasa nak cabut sahaja cuping telinga. Tetapi dia tak mahu memberitahu ayahnya yg dia rasa ngilu, nanti jatuh air mukanya selaku anak lelaki tukang besi. Dia hanya menggunakan bahasa isyarat bila berinteraksi dengan ayahnya ketika mengetuk besi2 itu. Ayahnya tidak ambil pusing perilaku anaknya yg sentiasa menyumbat telinga. Baginya, anak itu cuba kelihatan kelakar di matanya dan menghiburkan hati tuanya.

Selang beberapa belas tahun selepas itu, ayahnya meninggal dunia dan anak itu meneruskan pekerjaan itu dengan telinga disumbat kapas ketika mengerjakan besi. Dia meneruskan legasi tukang besi yg diwarisi dari zaman datuk-datuk-datuk-datuknya tanpa memberitahu sesiapa tentang hal kengiluan itu sehinggalah dia meninggal dunia dan mewariskan segala ilmu tukang besi kepada anak lelakinya.

Rahsia ngilu si tukang besi disimpan sampai mati itulah yg menjadikannya antara yg terhandal dalam keturunannya.

No comments:

Post a Comment