Thursday, December 27, 2012

rich

December 2012 Bangkok, Thailand.


 


 

     

Negara yang kaya dengan sejarah, harus dicarigali jika ada wang dan kesempatan.

lebih pedas

bayang pekat di kala matahari tegak sembilan puluh darjah

apa salahnya kalau dia suka kucing putih atau belang, yg pada mata kau hodoh sekali,

apa salahnya kalau dia suka beca dari kereta lembu, yg pada mata kau capik sekali,

apa salahnya kalau dia suka kuih kaswi dari puding karamel, yg pada mata kau mual sekali,

apa salahnya kalau dia suka menyapu dari guna penyedut hampagas, yg pada mata kau rugi tenaga sekali,

dia diam tak bermakna setuju, cuma malas nak bukak mulut, 
nanti hati kau terasa pijar,

bukan manusia dicipta berbeza-beza?
ada kemahuan dan kemahiran berbeza-beza?
nak sangat semua org sama tak berbeza, sila ke negara komunis, 
semua bahagi samarata, kau mahu?

Wednesday, December 19, 2012

Ngilu

Seorang anak tukang besi tidak berkeinginan untuk mewarisi pekerjaan ayahnya. Setiap kali ayahnya memanggil dia memanaskan bijih besi, dia akan menurut tetapi menyumbat telinganya dengan kapas setebal yang mungkin. Ngilu yang amat apabila telinganya menangkap bunyi besi berlaga besi. Rasa nak cabut sahaja cuping telinga. Tetapi dia tak mahu memberitahu ayahnya yg dia rasa ngilu, nanti jatuh air mukanya selaku anak lelaki tukang besi. Dia hanya menggunakan bahasa isyarat bila berinteraksi dengan ayahnya ketika mengetuk besi2 itu. Ayahnya tidak ambil pusing perilaku anaknya yg sentiasa menyumbat telinga. Baginya, anak itu cuba kelihatan kelakar di matanya dan menghiburkan hati tuanya.

Selang beberapa belas tahun selepas itu, ayahnya meninggal dunia dan anak itu meneruskan pekerjaan itu dengan telinga disumbat kapas ketika mengerjakan besi. Dia meneruskan legasi tukang besi yg diwarisi dari zaman datuk-datuk-datuk-datuknya tanpa memberitahu sesiapa tentang hal kengiluan itu sehinggalah dia meninggal dunia dan mewariskan segala ilmu tukang besi kepada anak lelakinya.

Rahsia ngilu si tukang besi disimpan sampai mati itulah yg menjadikannya antara yg terhandal dalam keturunannya.

Wednesday, December 12, 2012

syukur alhamdulillah

sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Nya telah membuat kita sedar Allah itu Maha pemberi rezeki,

walau di mana kita berada, Dia tetap bersama kita,

mintalah dari Nya, kerana Dia Maha mendengar,

aku meminta perlindungan kepada mu ya Allah dari syaitan yg menyesatkan,

amin ya rabbal 'alamin