Kau si buta, aku si celik, kau minta aku bawa kau ke bukit tertinggi di daerah aku, aku punya-lah bersungguh-sungguh meletak lengan kau di bahu kecilku, memegang tangan kau dgn kejap, berjalan ke depan dan ke belakang kau tak henti2, gelisah kaki kau tersekat di celah lubang, kaki tersadung muka tersembam usah di kira, bila aku di belakang kau , muka kau ditampar pokok2 kecil, maaf aku tak perasan, kau senyum, bila aku di depan kau, kaki kau tersadung, aku cepat tarik lengan kau, maaf aku tak perasan, kau senyum, tiada satu pun perkataan mengeluh keluar dari mulut kau yang sepatutnya bising bak murai (secara harfiah nya, maaf terlampau berterus-terang), peluh menitik berjurai-jurai, beberapa langkah sahaja lagi, kita sampai.
Di puncak bukit yang tertinggi di daerah aku, kali pertama aku dengar kau mengeluh, alahai bagusnya kalau aku dapat melihat, hijau sangatkah di atas ini, berapa bukit habis ditarah? aku nak tengok luka dan lebam di kaki dan tangan aku, sakit sungguh tersadung, kau si celik, kau tahu, aku teringin lihat wajah kau, selepas nikmat mata aku ditarik Tuhan, aku hanya ada kau sebagai teman.
Senyap..Senyap..
30 minit di puncak bukit di daerah aku, kau bersila di atas batu lembap berlumut, kau diam, aku diam, aku lihat ke dalam bola mata kau dalam-dalam, berharap kau tahu aku risaukan diri kau kalau aku pergi jauh, ya-lah, manusia hidup sementara, kau seolah-olah membalas pandangan ku, mata kau tidak berkerdip, tiba-tiba kau ketawa perlahan, kau kata kau ingin terbang seperti burung, kau bingkas bangun, seolah-olah tahu mana arah gaung, kau berkata separuh berbisik pada diri kau, dalam-nya gaung, memang yang aku inginkan, senang nak terjun, Bernoulli mesti setuju denganku, aku tak sempat tangkap kaki kau, kau terjun, aku nampak kau pandangku sekilas dan tersenyum, seolah tahu di mana aku berdiri, aku menjerit, kau hilang dari pandangan ku, 30 saat kemudian kau muncul, terbang, mengepak-ngepak sayap prototaip kau, aku baru teringat minggu lepas kau bercerita tentang kajian kau, tentang sayap berkuasa solar kau, tapi bolehkah kau terbang tanpa melihat? Kau jangan main-main, kau sedarkah kau si buta? Kau senyum, kau menjawab tenang, aku hanya perlu memberi arahan kepada komputer mini ini ke mana aku nak pergi, selamat tinggal si celik, panjang umur jumpa lagi, sudah lama aku ingin terbang bebas, kau jangan menangis, nanti kalau ada jodoh kita berjumpa lagi.
Kau terbang bebas, tak muncul-muncul, takkan-lah setiap hujung minggu nak panjat bukit yang tertinggi di daerah aku itu semata berharap kau muncul? mana mungkin aku tak menangis, kau lupakah, kau sebahagian dari aku?
No comments:
Post a Comment