Wednesday, August 21, 2013

Tuding jari

Kau mintak buah fikiran aku,
Aku bg sekepal dua minda aku,
kemudian kau berterimakasih;
Belakang aku kau tuduh minda
aku tak tercapai akal mu,
Kau canang seluruh kampung,
Aku si capik mengajar kau jalan tegak,
Cuba kau bagitahu aku; mata ke mata,
Apa yg kau tak puas hati dgn buah pikiran aku??
Aku kira kau kecut hati,
Belakang aku kau cela aku,
Mungkin tahap pemikiran kau setakat itu saja??

Tuesday, August 20, 2013

Foolishy done

apa kau rasa aku seperti kain buruk, 
yg kau guna lap lantai,
kemudian kau buang kerana geli nak cuci, 
meh aku ingatkan kau, 
dulu kau sama seperti aku, 
bintang bergantung di langit pekat malam kita saksikan bersama, 
itulah bumbung kita berteduh, pokok rambutan itulah tempat kita bergantung terbalik kepala,
kau kata dgn terbalik kau lg cerdas, 
kononnya bangunan dari pasir yg kau bentukkan itulah rumah yg kau mahu diami, 
tiba-tiba kau terjun merentas jurang sambil merentap paksa tangan ku, 
terasa gugur semua organ aku, 
kita berjaya ke puncak dgn kepala masih di badan- syukur, 
kita terus berjalan hingga duri dan batu tercacah di tapak kaki,
kini kau tak perlu kan aku lagi, 
kau rasa puas-aku sebagai teman merentas jurang, nyah lah kau dr sini, 
mulai saat ini aku tak kenal kau, kau mendesis,
baik, aku akan tinggal kan kau, 


aku tahu kau tidak akan panggil aku lagi,
kau mahu buang nama aku dari tiap saraf otakmu ,
tp ingat, 
aku tak akan pernah berhenti panggil nama kau.

Wednesday, July 31, 2013

a note on 18th day of ramadhan

jika kau mharapkan harta dr aku, awal2 lg aku minta maaf, aku tak ada harta,semua ni aku pinjam dan hutang, serius! 

jika kau bharap aku dpt luangkan masa, mari, kita jumpa skrg, sbb di lain masa aku tak pasti aku ada kelapangan dan aku jelas, kelapangan adalah sstu yg tak patut dijanji,

kalau kau mharapkan aku kongsi sebahagian otak aku, mari, aku sedekahkan sikit, itupun kalau kau boleh btoleransi cara aku bfikir,

kalau kau bharap aku boleh mberi kau sedikit perasaan halusku, mari ambil, aku lapah hatiku , kau tempellah di tempat kau rasa kau boleh hargai, 

aku hanya manusia, tanpa Dia, kita bukan siapa2,
kau fikir kau boleh halang daun dari gugur? kau nak lawan hukum graviti? terapunglah kau,  aku nak tengok, mampu kah kau?
kau rasa, kalau aku letakkan kau di bumbung bangunan seratus tgkat, ko akan merintih pd siapa utk selamatkan kau? 

hati manusia yg halus mmg akan cari sstu yg superior,
Tuhan yg satu itulah yg patut kau dan aku sembah ,
bkn '-isme' yg lain2 itu...
aku blindung kpdNya dari perasaan was2 terhadap kekuasaanNya, tetapkanlah iman kami, ya rabb

"barangsiapa yg mhendaki kehidupan duniawi, maka Kami segerakan baginya di (dunia) ini apa yg Kami kehendaki bagi org yg Kami kehendaki. kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahanam; dia akan masuk dalam keadaan tercela dan terusir" Al-israa' (17:8)

نعوذبالله من ذلك

Thursday, December 27, 2012

rich

December 2012 Bangkok, Thailand.


 


 

     

Negara yang kaya dengan sejarah, harus dicarigali jika ada wang dan kesempatan.

lebih pedas

bayang pekat di kala matahari tegak sembilan puluh darjah

apa salahnya kalau dia suka kucing putih atau belang, yg pada mata kau hodoh sekali,

apa salahnya kalau dia suka beca dari kereta lembu, yg pada mata kau capik sekali,

apa salahnya kalau dia suka kuih kaswi dari puding karamel, yg pada mata kau mual sekali,

apa salahnya kalau dia suka menyapu dari guna penyedut hampagas, yg pada mata kau rugi tenaga sekali,

dia diam tak bermakna setuju, cuma malas nak bukak mulut, 
nanti hati kau terasa pijar,

bukan manusia dicipta berbeza-beza?
ada kemahuan dan kemahiran berbeza-beza?
nak sangat semua org sama tak berbeza, sila ke negara komunis, 
semua bahagi samarata, kau mahu?

Wednesday, December 19, 2012

Ngilu

Seorang anak tukang besi tidak berkeinginan untuk mewarisi pekerjaan ayahnya. Setiap kali ayahnya memanggil dia memanaskan bijih besi, dia akan menurut tetapi menyumbat telinganya dengan kapas setebal yang mungkin. Ngilu yang amat apabila telinganya menangkap bunyi besi berlaga besi. Rasa nak cabut sahaja cuping telinga. Tetapi dia tak mahu memberitahu ayahnya yg dia rasa ngilu, nanti jatuh air mukanya selaku anak lelaki tukang besi. Dia hanya menggunakan bahasa isyarat bila berinteraksi dengan ayahnya ketika mengetuk besi2 itu. Ayahnya tidak ambil pusing perilaku anaknya yg sentiasa menyumbat telinga. Baginya, anak itu cuba kelihatan kelakar di matanya dan menghiburkan hati tuanya.

Selang beberapa belas tahun selepas itu, ayahnya meninggal dunia dan anak itu meneruskan pekerjaan itu dengan telinga disumbat kapas ketika mengerjakan besi. Dia meneruskan legasi tukang besi yg diwarisi dari zaman datuk-datuk-datuk-datuknya tanpa memberitahu sesiapa tentang hal kengiluan itu sehinggalah dia meninggal dunia dan mewariskan segala ilmu tukang besi kepada anak lelakinya.

Rahsia ngilu si tukang besi disimpan sampai mati itulah yg menjadikannya antara yg terhandal dalam keturunannya.

Wednesday, December 12, 2012

syukur alhamdulillah

sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Nya telah membuat kita sedar Allah itu Maha pemberi rezeki,

walau di mana kita berada, Dia tetap bersama kita,

mintalah dari Nya, kerana Dia Maha mendengar,

aku meminta perlindungan kepada mu ya Allah dari syaitan yg menyesatkan,

amin ya rabbal 'alamin

Friday, November 30, 2012

isi tauhu

aku tak perlu mendengar kau bg cadangan utk memakai topi hitam bercorak emas sedangkan aku suka yg kelabu polos,
kalau kain terselak -tegurlah, 
kalau aku hampir terlepas waktu solat- tegurlah
kau bukan kenal aku - luar dalam, 
dari lapisan kulit luar hingga sel otot jantung aku,
kau tak tahu aku suka pakai merah dan hijau bersama,
kau tak tahu aku suka tidur terbalik mcm kelawar,
kau tak tahu aku selesa berkaki ayam,
kau tak tahu aku menggemari rekaan antonio gaudi,
byk yg kau tak tahu, 
kau hanya kenal kulit luar aku -
yang mungkin aku lukis di atasnya dgn kepura-puraan.

Tuesday, November 27, 2012

kosa kata

rimas-lemas-culas-malas-tangkas-emas-kemas-lunas-cemas-hampas-lekas-pulas-nanas-lynas!!

Tuesday, November 6, 2012

in want of something

kebiasaannya kau cakap kasar,

lidah tak berlapik,tak reti nak  tanya elok-elok,

bertanya cara sergah- 

kedengaran seperti tuduhan,


hey manusia ,

bila kau ada kepentingan,bila kau mahukan sesuatu,

berperilaku mulia yg dibuat-buat,

sikap berpura-pura kau kelihatan seperti asap hitam-

yg keluar dari setiap liang roma di tubuh kau,

dan asap hitam itu menyelubungi kau,

sekarang kau menjadi awan hitam yg berarak laju-

membawa khabar taufan ke daerah yg kau mahu.