Tuesday, August 20, 2013

Foolishy done

apa kau rasa aku seperti kain buruk, 
yg kau guna lap lantai,
kemudian kau buang kerana geli nak cuci, 
meh aku ingatkan kau, 
dulu kau sama seperti aku, 
bintang bergantung di langit pekat malam kita saksikan bersama, 
itulah bumbung kita berteduh, pokok rambutan itulah tempat kita bergantung terbalik kepala,
kau kata dgn terbalik kau lg cerdas, 
kononnya bangunan dari pasir yg kau bentukkan itulah rumah yg kau mahu diami, 
tiba-tiba kau terjun merentas jurang sambil merentap paksa tangan ku, 
terasa gugur semua organ aku, 
kita berjaya ke puncak dgn kepala masih di badan- syukur, 
kita terus berjalan hingga duri dan batu tercacah di tapak kaki,
kini kau tak perlu kan aku lagi, 
kau rasa puas-aku sebagai teman merentas jurang, nyah lah kau dr sini, 
mulai saat ini aku tak kenal kau, kau mendesis,
baik, aku akan tinggal kan kau, 


aku tahu kau tidak akan panggil aku lagi,
kau mahu buang nama aku dari tiap saraf otakmu ,
tp ingat, 
aku tak akan pernah berhenti panggil nama kau.

No comments:

Post a Comment