Thursday, December 27, 2012

rich

December 2012 Bangkok, Thailand.


 


 

     

Negara yang kaya dengan sejarah, harus dicarigali jika ada wang dan kesempatan.

lebih pedas

bayang pekat di kala matahari tegak sembilan puluh darjah

apa salahnya kalau dia suka kucing putih atau belang, yg pada mata kau hodoh sekali,

apa salahnya kalau dia suka beca dari kereta lembu, yg pada mata kau capik sekali,

apa salahnya kalau dia suka kuih kaswi dari puding karamel, yg pada mata kau mual sekali,

apa salahnya kalau dia suka menyapu dari guna penyedut hampagas, yg pada mata kau rugi tenaga sekali,

dia diam tak bermakna setuju, cuma malas nak bukak mulut, 
nanti hati kau terasa pijar,

bukan manusia dicipta berbeza-beza?
ada kemahuan dan kemahiran berbeza-beza?
nak sangat semua org sama tak berbeza, sila ke negara komunis, 
semua bahagi samarata, kau mahu?

Wednesday, December 19, 2012

Ngilu

Seorang anak tukang besi tidak berkeinginan untuk mewarisi pekerjaan ayahnya. Setiap kali ayahnya memanggil dia memanaskan bijih besi, dia akan menurut tetapi menyumbat telinganya dengan kapas setebal yang mungkin. Ngilu yang amat apabila telinganya menangkap bunyi besi berlaga besi. Rasa nak cabut sahaja cuping telinga. Tetapi dia tak mahu memberitahu ayahnya yg dia rasa ngilu, nanti jatuh air mukanya selaku anak lelaki tukang besi. Dia hanya menggunakan bahasa isyarat bila berinteraksi dengan ayahnya ketika mengetuk besi2 itu. Ayahnya tidak ambil pusing perilaku anaknya yg sentiasa menyumbat telinga. Baginya, anak itu cuba kelihatan kelakar di matanya dan menghiburkan hati tuanya.

Selang beberapa belas tahun selepas itu, ayahnya meninggal dunia dan anak itu meneruskan pekerjaan itu dengan telinga disumbat kapas ketika mengerjakan besi. Dia meneruskan legasi tukang besi yg diwarisi dari zaman datuk-datuk-datuk-datuknya tanpa memberitahu sesiapa tentang hal kengiluan itu sehinggalah dia meninggal dunia dan mewariskan segala ilmu tukang besi kepada anak lelakinya.

Rahsia ngilu si tukang besi disimpan sampai mati itulah yg menjadikannya antara yg terhandal dalam keturunannya.

Wednesday, December 12, 2012

syukur alhamdulillah

sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Nya telah membuat kita sedar Allah itu Maha pemberi rezeki,

walau di mana kita berada, Dia tetap bersama kita,

mintalah dari Nya, kerana Dia Maha mendengar,

aku meminta perlindungan kepada mu ya Allah dari syaitan yg menyesatkan,

amin ya rabbal 'alamin

Friday, November 30, 2012

isi tauhu

aku tak perlu mendengar kau bg cadangan utk memakai topi hitam bercorak emas sedangkan aku suka yg kelabu polos,
kalau kain terselak -tegurlah, 
kalau aku hampir terlepas waktu solat- tegurlah
kau bukan kenal aku - luar dalam, 
dari lapisan kulit luar hingga sel otot jantung aku,
kau tak tahu aku suka pakai merah dan hijau bersama,
kau tak tahu aku suka tidur terbalik mcm kelawar,
kau tak tahu aku selesa berkaki ayam,
kau tak tahu aku menggemari rekaan antonio gaudi,
byk yg kau tak tahu, 
kau hanya kenal kulit luar aku -
yang mungkin aku lukis di atasnya dgn kepura-puraan.

Tuesday, November 27, 2012

kosa kata

rimas-lemas-culas-malas-tangkas-emas-kemas-lunas-cemas-hampas-lekas-pulas-nanas-lynas!!

Tuesday, November 6, 2012

in want of something

kebiasaannya kau cakap kasar,

lidah tak berlapik,tak reti nak  tanya elok-elok,

bertanya cara sergah- 

kedengaran seperti tuduhan,


hey manusia ,

bila kau ada kepentingan,bila kau mahukan sesuatu,

berperilaku mulia yg dibuat-buat,

sikap berpura-pura kau kelihatan seperti asap hitam-

yg keluar dari setiap liang roma di tubuh kau,

dan asap hitam itu menyelubungi kau,

sekarang kau menjadi awan hitam yg berarak laju-

membawa khabar taufan ke daerah yg kau mahu.


Wednesday, October 3, 2012

pecah

kau akan terkejut apabila perkara kebiasaan menjadi sesuatu yg asing , 

dlm sekelip mata si bising, si pengumpat, si tangan panjang, si pendiam, si jaga tepi kain orang, si murah hati ,

mereka itu bukan lagi berperangai yg kau tahu dahulu,mereka sudah pecah dari bulatan kebiasaan

manusia punyai hati yg berubah-ubah

Monday, September 3, 2012

air tadahan

serius, aku rasa rakyat malaysia ambil wudhuk secara berlebihan, paip air dibuka habis, kadang-kadang air dibiar mengalir melebihi longkang;

 Rasulullah saw menegur Sa'ad kerana kelihatan boros dalam penggunaan air. Sa'ad bertanya,"apakah terhadap air juga dikatakan boros?" Nabi bersabda," memang, hatta jika engkau berada dalam sungai yang mengalir" 
(Hadis riwayat Ahmad dan Ibn Majah) 



Wednesday, August 1, 2012

peluntur

hati yang hitam boleh cuci guna peluntur tak?